Salam semua,...siapa yang pernah dengar nama DR NADIR KHAN ? doktor nie bertugas di klinik Wangsa di wangsa maju berdekatan dengan Jusco wangsa maju..aku percaya,sesiapa yang anak mereka bermasalah kesihatan seperti batuk berkahak mesti pernah pergi ke klinik nie...aku pun dapat info dari internet gak tentang klinik nie..itu pun sebab anak aku mengalami masalah batuk berkahak yang amat teruk..bernafas pun berbunyi setiap masa..Jadi semalam 27 mei,aku pun bawa la anak aku pi sana..dan apa yang boleh aku katakan...memang doktor nie "TERBAIK"..cara rawatan dia amat teliti,orang yang peramah dan tak lokek ilmu..alhamdulillah ,anak aku nampak lega sikit selepas rawatan dia berikan..sebelum nie aku dah bawa anak aku ke klinik di Medan Idaman gombak sekali, hospital besar 2 kali..tapi tak berubah gak..akhirnya, berkat kerajinan aku dok main internet mencari maklumat mengenai masalah batuk berkahak membawa aku ke klinik Wangsa bertemu doktor Nadir..Kepada sesiapa yang anak mereka ada masalah batuk berkahak,cubalah bawa ke Klinik Wangsa nie..insyaallah pasti lega.cuma perlu diingatkan,..DR Nadir hanya bertugas pada hari khamis dan ahad sahaja..selain khamis dan ahad tu,doktor lain pulak yang bertugas..apa pun, sila telefon dahulu sebelum datang ke situ ..03-41421614..(mana la tau kot2 dia bertugas hari lain) hehehe.........
Monday, May 28, 2012
Sunday, May 27, 2012
Projek 3D Anaglyph
Salam semua..dah lama tak update,bz memanjang ..kali nie aku update tentang projek album gambar 3D anaglyph..saja2 godek photoshop edit gambar supaya nampak 3D..tapi kalau nak tengok,kena la gunakan cermin mata 3D anaglyph red cyan..kalu tak, tak nampak la kesan apa2...aku gunakan model pengantin dari Besut Wan Isam dan Rubie sebagai projek pertama 3D aku nie...so far nampak berjaya, tapi tak sesempurna menggunakan kamera 3D..kalau nak beli kamera 3D,memang tak mampu lagi..so,buat la secara manual dengan rajinnya...apa pun,semoga wan isam dan rubie berpuas hati dengan pemberian album gambar 3D aku buat nie...
Thursday, December 15, 2011
Wan Isam & Rubie
Selamat Pengantin Baru Buat Wan Isam & Rubie...

Lokasi di Bukit Keluang Kuala Besut Terengganu, bertarikh pada 4/12/2011...Mamat ni actually kawan kat tempat kerja lama aku masa di Damansara dulu..(PSMB)..oleh kerana khidmat aku diperlukan untuk majlis Bertandang di rumahnya,aku pun terima la tanpa banyak soal..lagi pun ,boleh gak menjenguk orang rumah kat kampung yang sedang dalam Pantang bersalin.(kuala Terengganu)....tarikh majlis diorang nie mmg agak merisaukan aku...masa tu musim banjir plak melanda pantai timur..risau gak kot2 kena ambil gambar dari dalam sampan..haha..tapi bersyukur la..masa kat sana,hujan tak turun langsung dan sesi fotografi dapat dijalankan dengan jayanya bersama pembantu aku Rohaizal(janggut)...cuma,dalam kegembiraan berjaya ambil gambar tu,disulami perasaan hiba apabila dapat berita pemergian ayah yang disayangi ke rahmatullah ketika aku on the way balik KL...(4/12/2011) jam 6pm....masa tu baru sampai kuala terengganu..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..



Lokasi di Bukit Keluang Kuala Besut Terengganu, bertarikh pada 4/12/2011...Mamat ni actually kawan kat tempat kerja lama aku masa di Damansara dulu..(PSMB)..oleh kerana khidmat aku diperlukan untuk majlis Bertandang di rumahnya,aku pun terima la tanpa banyak soal..lagi pun ,boleh gak menjenguk orang rumah kat kampung yang sedang dalam Pantang bersalin.(kuala Terengganu)....tarikh majlis diorang nie mmg agak merisaukan aku...masa tu musim banjir plak melanda pantai timur..risau gak kot2 kena ambil gambar dari dalam sampan..haha..tapi bersyukur la..masa kat sana,hujan tak turun langsung dan sesi fotografi dapat dijalankan dengan jayanya bersama pembantu aku Rohaizal(janggut)...cuma,dalam kegembiraan berjaya ambil gambar tu,disulami perasaan hiba apabila dapat berita pemergian ayah yang disayangi ke rahmatullah ketika aku on the way balik KL...(4/12/2011) jam 6pm....masa tu baru sampai kuala terengganu..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..


Sunday, October 31, 2010
Thursday, October 14, 2010
Hobi Sekali Sekala

Salah satu hobi aku kalau btul2 takde keje apa nak buat kat umah....selongkar almari..cari gambar2 lama...scan masuk PC....pastu touchup..biasanye aku suka cari gambar hitam putih yang btul2 lama....try kasi kaler balik.....pastu print out kat kedai..seterusnye framekan...mula2 nak start tu,pening gak...tapi lama2...khayal je melayan touchup ...macam gambar atas nie...gambar arwah mak aku dan makcik2 aku pada tahun 1969...yang duduk tu la arwah mak aku yang tersangat dirindui....ada gak gambar2 lain yang aku dah touchup..tapi tak tau la mana letak...nak upload gak dalam nie..well,bukan apa...sekadar untuk berkongsi cerita dengan pelawat2 blog aku nie je...jumpa lagi ..............ariosss

Wednesday, September 29, 2010
"Sunrise" Di Tasik Mines Wonderland

" Cahaya Suria yang muncul di sebelah timur pada waktu pagi yang nyaman..Memberi inspirasi dan semangat yang menggunung untuk kita meneruskan hidup yang penuh dugaan dan cabaran..."



Semua gambar nie aku shoot masa nak pi kerja awal pagi...lokasi di Tasik Mines Wonderland...Serdang..kebetulan masa tu aku keje dekat sangat ngan Mines..hari2 dok lalu tepi tasik...apa lagi..mengambil kesempatan la sikit...sebelum matahari muncul,aku dah tercegat kat tepi tasik...tepi jalan je...dapat la snap beberapa keping gambar yang menarik......enjoy beb !!!..........

Tuesday, September 28, 2010
"Sunset" Taman Metopolitan

"Sepetang di Taman Metropolitan yang aman damai..Jalan-jalan sambil menikmati landskap yang indah dan cantik disinari cahaya matahari yang semakin kelam ke arah barat. Air tasik yang bersinar dan beralun sayu membuatkan hati menjadi tenang bagaikan hidup ini bebas dari sebarang masalah..."





Monday, September 27, 2010
Digicolour Photography Festival 2009

Salam sejahtera semua...kali ni aku update tentang aktiviti fotografi yang aku sesaja menyibuk masa Digicolour Photography Festival 2009 kat Kompleks Mutiara jalan ipoh KL tahun lepas...asalnya tak tahu apa2 pun pasal Festival tu...dapat tau pun masa nak beli barang2 kamera 2,3 hari sebelum tu...aku sampai sana ptg..so,dah terlepas acara shoot model sebelah pagi....takpela...tinggal satu acara je lagi utk shoot model sebelah petang...so,dapat gak la ambik gambar...walaupun guna Nikon D70s + lens 50mm...flash tak bawak plak tu...aduhai....nasib baik 50mm tu berguna sesangat...lagi pun..cahaya lampu spot light pun dah agak 'menerangkan' suasana..ditambah lagi dengan cahaya2 speedlight dari kamera jurugambar2 lain yang jumlahnye agak ramai...selamat sikit gambar aku...Diorang semua pulun snap untuk masuk pertandingan rasanye..tapi aku shoot sebab taknak lepaskan peluang shoot model free...bukan senang woooo...lagi pun...sambil2 upgrdade skill la ..tak tau la tahun nie Digicolour ada buat ke tak....entah2 dah lepas kot...dok bz kerja je...sampai lupa nak tanya pasal festival tu.....emm..kepada jurugambar2 otai atau pro yang melawat blog nie,hulurkan la sepatah dua komen untuk aku perbaiki lagi mutu fotografi aku nie...Belum penah terlintas lagi dalam kepala aku yang mengatakan aku dah banyak belajar dalam dunia fotografi nie...banyak lagi nak kena belajar......jangan segan2 tinggalkan link sekali ye....sekian..terima kasih..........arios...
















Subscribe to:
Posts (Atom)















